14.9.12

Alhamdulillah....

Alhamdulillah.... 
Buat masa ni, apa yang dirancang kebanyakkannya dah diselesaikan.
Urusan antara 2 keluarga pun selesai.
Langkah pertama untuk menyatukan bukan saja 2 insan, tapi 2 keluarga - mungkin lebih.
Semoga ALLAH sentiasa memberi rahmat dan petunjuk kepada aku dan keluarga.
AMIN.

16.10.11

MANA MAK .....

Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.


Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

20.7.11

Sedih lagi.... T_T

Last weekend aku g Tasik Kenyir ikut lawatan company aku. Tahun ni aku ada peluang ikut pas tahun lepas away day aku kena keja. Lagi pun aku tak pnah g Kenyir jd aku excited la nak g ni....

Best jugak bercuti kat sana. Memang aman dan sesuai gk untuk honeymoon.hehe.... Makanan pun terbaek, chalet pun best dan aktiviti2 yg ada cam lake cruising dan ada air terjun yg best, menambah lg keseronokkan duk sana.

Tapi apa yg tak best nya, bila aku sampai umah, aku sedar sekor dr kucing aku mati. Terbaring bawah kabinet TV. Tak tau la apa punca dia mati sedangkan yg lain sihat je. Dia terbaring tu, aku tgk xde lak darah ke luka apa ke.... Sedih aku... Sebab tu la meow plg manja dan rapat dgn aku.


Bye2 MONO... Rindu MONO....

20.6.11

Cian Along....

Tadi aku tak perasan Along ada kat kaki kerusi. Aku pun landing je la. Terkepit dia. Tak sure kat mana tapi mungkin kat ekor. Menjerit kuat dia. Kuat giler. Dia ni pendiam nye jenis. Jadi aku memang terkejut bila dia jerit tu.huhu... Cian Along.... Sorry yer Along....


Ni la Along. Ni pic time dia kecik lagi. Sekarang dia dah besar dan handsome...hehe... Mirip bapak dia...

13.1.11

Cute Overload....

Kat sini aku nak share some of the cute piccas yg terdapat kat Cute Overload. Harap dorg tak marah aku curik gambo2 dorg skit...hehe......

First, kita mulakan dgn si comel Meme... kaler sama cam aku nyer Pok je...hehe...

Ni aksi kucing yg cuba2 jadi cam anjing kat Bolt tu.... Nice snap....

Burung2 salji yg sgt comel...

Eh, close-up skit sekor ni.... Jeling2 yer...

Pic ni lak, ikut blog tu mmg xde unsur2 di edit langsung dan gambar ni mmg original. Comel je penguin tu ek........

Akan bersambung nanti yer.... =)

30.5.10

Teman....

Sekarang kat umah aku tinggal satu je teman bermain aku, Mimi. Adik dia, Cici dah mati time aku balik keje syif malam. Sampai je umah aku trus g toilet tmpat aku kurung dorg dan tgk Cici dah terbaring, keras dan ada semua hurung. Cian Mimi. Xde adik dah. Dan sejak2 tu dia makin manja dgn aku.

Mimi ni sgt aktif dan nakal. Macam budak kecik la jugak kan. Lari sana sini, cakar2 aku dan suka kaco hamster. Tu je la kawan dia yg tinggal, hamster Annis yg 8 ekor tu.hehe....

Ada org tanya, "tak bosan ke dok umah sorang?". bagi aku lg rilex ada la. Aman je. Tak payah nak serabut pikir housemate wat sepah la, pengotor ke atau wat bising. =) Bosan tu biasa la. Lepak2 pun bosan gk. Lagi pun tak jauh pun nak kuar dating ke, nak lepak2 shisha ke... :p

Yg penting, aku happy dgn life aku skrg. Tp masih ada yg aku tak happy dgn diri aku sendiri.

17.5.10

Mimi & Cici

Secara tak sengaja, skrg aku membela 2 ekor anak kucing kat umah aku. Xde masalah sgt la sbb aku pun dok lone ranger je kat umah dan ada 2 toilet. Jadi 1 toilet tu dah jadi "rumah" dorg la. Rasanya umur dorg ni tak sampai sebulan. Baru je seminggu dgn aku, dah pandai manje2 dorg dgn aku. Sampai awek aku pun jelez.hehehe....

Jadi aku ada la penghibur kat umah tu. Selain dr hamster 8 ekor yg sgt nakal, ada lak anak kucing yg terlebih2 aktif. Penat gak nak melayan tp best gk la =)

Aku kesian tgk dorg kesejukkan kat luar tu. Sape la buang anak kucing tak kena tempat dan masa. Dah la buang kat kawasan perumahan yg kurang populasi, pastu bukan ada kedai makan ke. At least buang la kat pasar atau berdekatan dgn restoran ke. Pandai2 la dorg cari makan.

Citer pasal kucing cari makan, kawan aku Mat Belon ada post kat FB dia citer sekor kucing yg kena potong kaki dpn, sbb curi makan (ikan) kat restoran. Kejam giler. aku tak faham kenapa ada manusia yg sanggup bertindak kejam kat makhluk yg tak sehebat manusia ni. Mungkin dlm hidup dia selalu ditindas, jadi dia nak lepas geram kat makhluk lain yg kurang berupaya dr dia. Korang tgk la sindri video kat bawah ni.



Alhamdulillah masih ada yg sayang dgn kucing ni dan amik bela/jaga sepenuh hati. Semoga org yg bela kucing ni sentiasa dirahmati ALLAH. =)

Haa...cukup2 la sedih tgk meow tu yer. Meh tgk anak kucing ni lak. Katik skit tp comel sgt. Nak gk la kucing ni...huhu....



~~~ MEOW ~~~

10.5.10

Teman baru =)

Teman baru?
Sape tu?
Hehe.. Ceritanya begini....

Semalam pas Maghrib aku mandi dan bersiap2 nak kuar makan kat Bangi dgn Annis, pastu nak tgk game Chelsea lak. Time mandi tu terdengar la bunyi anak kucing kat bawah. Dah la baru pas hujan, mesti sejuk giler dorg. Jadi pas dah bersiap tu, aku pun turun la. Cari2 dorg akhirnya jumpa. Ada 2 ekor.

Oleh sebab aku nak kuar, jadi takleh la aku nak tlg sgt. Tgk dorg cam sejuk je, aku pun bawak dorg duk kat umah kosong kat bawah ni. Ok la skit sini. Jadi pastu aku pun gerak la ke Bangi.

And the story is... CHELSEA WINS THE PREMIER LEAGUE... :p
Jadi time balik, atas nasihat awek aku ni aku pun singgah 7E beli susu skit, dgn harapan nak bg meow 2 ekor tu la. Mintak2 la dorg ada lg. Memang dorg ada lg kat umah tu. Cian sgt dorg. Memang tgh kesejukkan kot. Tgk la sindri....

Jadi, aku pun bawak dorg balik.
Maka dgn itu, bertambah la isi rumah ni.
Dah ada 8 ekor hamster dlm bilik belakang, tambah 2 ekor anak kucing, yg wat masa ni aku watkan tempat tido dorg dalam toilet umah aku yg lg satu.
Pagi2 lg aku dah bgn, pegi kedai beli ikan pastu rebus bg dorg makan.hehe....
Dorang ni cam takleh pisah, sentiasa bersama. Tido pun peluk2. Ntah sape la buang dorg. Kalau nak buang kucing pun buang la kat tempat yg ada makanan, cam pasar ke kedai makan ke. Ni kat area perumahan ni apa yg ada, dah la ada anjing 2-3 ekor kat sini... Haishhh...

Aku pun tak tau sampai bila aku nak jaga dorg ni. Susah bela kucing dok umah "atas kayangan" ni. Kalau umah berlantaikan bumi takper.hehe... At lesat bila dorg dah besar skit aku lepaskan dorg kot. Kalau ada sesape nak kucing bgtau aku ek...


~~~ meow ~~~

27.4.10

Teman Baru...


Dia dah ada teman baru.
Nama dia MOMO.
Happy sgt dia ada Momo.
Harap dia akan happy selalu.

=)


7.3.09

Kisah lucu di KTM Kajang....

Dalam percaya atau tak aku g klas pg tadi even aku sampai klas dlm kul 830. Mmg malas giler, dgn ngantuk tahap melampau dan sejuk lak tu. Tp sbb fikir klas Jumaat ni juz discussion case study, jadi aku decide g jugak la. Agak enjoy la klas kali ni, x sia2 bgn awl g.hehe...

Patutnya aku plan nak balik Ipoh hari ni, tp tiket ketapi lak abis. Jadi aku g KTM Kajang nak beli tiket utk esoknyer. Dlm tren mmg ngantuk giler. Hampir terlepas gk la stesen Kajang tu. Dah sampai tu kena lak tunggu kaunter bukak kul 1 tghari. Jadi, aku lepak2 minum dlu. Bila dah kul 1 aku pun g la beli tiket. Tiket kelas ekonomi yg harga RM10 tu dah sold out, yg ada juz superior class, harga RM18. Tak pk panjang aku rembat jer la. Dlm wallet aku hanya ada RM20 je. Pastu dpt la balance RM2. Tiket dr Kajang ke Nilai RM2.70. Dgn confident nyer (mmg slalu aku bawak duit syiling byk) aku mmg pk yg aku ada coin byk. Bila check balik, aku juz ada RM2.60. ALAMAK!!!! Mana cukup ni.... Aku dah menggelabah. Nak cari ATM ni jauh lak. Aku SMS Elyn dlu tanya kot2 dia ada kat area Kajang tp dia kat Bangi lak. Jadi, aku duduk kat tepi mesin jual tiket tu sambil pk apa aku nak wat. Tiba2 ada 2 org pakcik ni dtg nak beli tiket kat mesin ni. Aku tekad nak "pow" 10sen dr pakcik ni. Dgn muka tebal nyer aku pun mintak. Alhamdulillah, pakcik ni bg gak tanpa soal byk. Aku trus beli tiket dan masuk. Bila dah masuk tren, aku gelak sorg2 bila pk balik. Bongok btoi... Segan giler mintak duit dr org yg tak knal.huhu... Tp darurat la pakcik. Terima kasih byk2 ye pakcik....

Sampai Nilai jer, aku singgah ATM dlu pastu baru gerak balik INTI. Memang pasni aku akan bwk coin byk2. Baru la tak menggelabah lg nnt.hehe..... Pasni aku nak berkemas dan tdo. Esok kena bgn awl. Nak kejar tren kul 730 pg, at least la... Kalau tak, nahas lg la aku kena tinggal tren.huhu.........

Hehe... Ni sajer aku nak tempek score aku bulan lepas. Kat Mid Valley. Teka la saper yg teman aku main boling hari tu?hihi......

~~~~~~~