30.5.10

Teman....

Sekarang kat umah aku tinggal satu je teman bermain aku, Mimi. Adik dia, Cici dah mati time aku balik keje syif malam. Sampai je umah aku trus g toilet tmpat aku kurung dorg dan tgk Cici dah terbaring, keras dan ada semua hurung. Cian Mimi. Xde adik dah. Dan sejak2 tu dia makin manja dgn aku.

Mimi ni sgt aktif dan nakal. Macam budak kecik la jugak kan. Lari sana sini, cakar2 aku dan suka kaco hamster. Tu je la kawan dia yg tinggal, hamster Annis yg 8 ekor tu.hehe....

Ada org tanya, "tak bosan ke dok umah sorang?". bagi aku lg rilex ada la. Aman je. Tak payah nak serabut pikir housemate wat sepah la, pengotor ke atau wat bising. =) Bosan tu biasa la. Lepak2 pun bosan gk. Lagi pun tak jauh pun nak kuar dating ke, nak lepak2 shisha ke... :p

Yg penting, aku happy dgn life aku skrg. Tp masih ada yg aku tak happy dgn diri aku sendiri.

17.5.10

Mimi & Cici

Secara tak sengaja, skrg aku membela 2 ekor anak kucing kat umah aku. Xde masalah sgt la sbb aku pun dok lone ranger je kat umah dan ada 2 toilet. Jadi 1 toilet tu dah jadi "rumah" dorg la. Rasanya umur dorg ni tak sampai sebulan. Baru je seminggu dgn aku, dah pandai manje2 dorg dgn aku. Sampai awek aku pun jelez.hehehe....

Jadi aku ada la penghibur kat umah tu. Selain dr hamster 8 ekor yg sgt nakal, ada lak anak kucing yg terlebih2 aktif. Penat gak nak melayan tp best gk la =)

Aku kesian tgk dorg kesejukkan kat luar tu. Sape la buang anak kucing tak kena tempat dan masa. Dah la buang kat kawasan perumahan yg kurang populasi, pastu bukan ada kedai makan ke. At least buang la kat pasar atau berdekatan dgn restoran ke. Pandai2 la dorg cari makan.

Citer pasal kucing cari makan, kawan aku Mat Belon ada post kat FB dia citer sekor kucing yg kena potong kaki dpn, sbb curi makan (ikan) kat restoran. Kejam giler. aku tak faham kenapa ada manusia yg sanggup bertindak kejam kat makhluk yg tak sehebat manusia ni. Mungkin dlm hidup dia selalu ditindas, jadi dia nak lepas geram kat makhluk lain yg kurang berupaya dr dia. Korang tgk la sindri video kat bawah ni.



Alhamdulillah masih ada yg sayang dgn kucing ni dan amik bela/jaga sepenuh hati. Semoga org yg bela kucing ni sentiasa dirahmati ALLAH. =)

Haa...cukup2 la sedih tgk meow tu yer. Meh tgk anak kucing ni lak. Katik skit tp comel sgt. Nak gk la kucing ni...huhu....



~~~ MEOW ~~~

10.5.10

Teman baru =)

Teman baru?
Sape tu?
Hehe.. Ceritanya begini....

Semalam pas Maghrib aku mandi dan bersiap2 nak kuar makan kat Bangi dgn Annis, pastu nak tgk game Chelsea lak. Time mandi tu terdengar la bunyi anak kucing kat bawah. Dah la baru pas hujan, mesti sejuk giler dorg. Jadi pas dah bersiap tu, aku pun turun la. Cari2 dorg akhirnya jumpa. Ada 2 ekor.

Oleh sebab aku nak kuar, jadi takleh la aku nak tlg sgt. Tgk dorg cam sejuk je, aku pun bawak dorg duk kat umah kosong kat bawah ni. Ok la skit sini. Jadi pastu aku pun gerak la ke Bangi.

And the story is... CHELSEA WINS THE PREMIER LEAGUE... :p
Jadi time balik, atas nasihat awek aku ni aku pun singgah 7E beli susu skit, dgn harapan nak bg meow 2 ekor tu la. Mintak2 la dorg ada lg. Memang dorg ada lg kat umah tu. Cian sgt dorg. Memang tgh kesejukkan kot. Tgk la sindri....

Jadi, aku pun bawak dorg balik.
Maka dgn itu, bertambah la isi rumah ni.
Dah ada 8 ekor hamster dlm bilik belakang, tambah 2 ekor anak kucing, yg wat masa ni aku watkan tempat tido dorg dalam toilet umah aku yg lg satu.
Pagi2 lg aku dah bgn, pegi kedai beli ikan pastu rebus bg dorg makan.hehe....
Dorang ni cam takleh pisah, sentiasa bersama. Tido pun peluk2. Ntah sape la buang dorg. Kalau nak buang kucing pun buang la kat tempat yg ada makanan, cam pasar ke kedai makan ke. Ni kat area perumahan ni apa yg ada, dah la ada anjing 2-3 ekor kat sini... Haishhh...

Aku pun tak tau sampai bila aku nak jaga dorg ni. Susah bela kucing dok umah "atas kayangan" ni. Kalau umah berlantaikan bumi takper.hehe... At lesat bila dorg dah besar skit aku lepaskan dorg kot. Kalau ada sesape nak kucing bgtau aku ek...

video

~~~ meow ~~~

27.4.10

Teman Baru...


Dia dah ada teman baru.
Nama dia MOMO.
Happy sgt dia ada Momo.
Harap dia akan happy selalu.

=)


There was an error in this gadget