22.12.13

Hani & G6PD Deficiency....

Baby Hani disahkan mempunyai masalah kekurangan G6PD. Awal2 memang tertanya2 apa tu G6PD. Jadi doktor / pegawai perubatan ada terangkan sikit2 pasal ini.


Ia merupakan sejenis penyakit yang jarang berlaku. Ia juga dikenali sebagai favism atau kekurangan enzim glucose-6-phospate dehydrogenase (glucose-6-phospate dehydrogenase deficiency).

Penyakit ini adalah penyakit yang paling kerap melibatkan kekurangan enzim (pemangkin) sel darah merah.

Enzim ini penting dalam pembinaan tenaga kepada sel darah merah. Bila berlaku kekurangan enzim ini, tenaga yang dapat dijana daripada glukosa (glucose) adalah kurang. Oleh itu, sel darah merah, terutamanya sel telah tua yang telah mula kehilangan nukleus, lebih cenderung untuk mati.

Penyakit ini adalah penyakit keturunan yang melibatkan kromosom X. Oleh kerana ia melibatkan kromosom X, ia lebih kerap berlaku kepada orang lelaki berbanding perempuan.

Contoh tanda-tanda yang berlaku bila pesakit menghadapi hemolisis (sel darah merah menjadi rosak) kesan daripada penyakit ini adalah:

- Lemah badan
- Pucat
- Susah bernafas
- Jaundis (kuning)
- Air kencing menjadi gelap atau merah

Antara faktor-faktor yang menyebabkan terjadinya hemolisi itu ialah:

  1. Jangkitan.
  2. Pengambilan ubat-ubatan atau sesetengah makanan seperti kekacang tertentu. Antara ubat yang perlu dijauhi atau diambil dengan berhati-hati adalah aspirin, ubat malaria dan sesetengah anti-biotik. Senarai lengkap ubat-ubatan yang mungkin merbahaya untuk pesakit G6PD ialah:                       
        Dapsone dan sulphones
Methylthioninium chloride (methylene blue)
Niridazole
Nitrofurantoin
        Pamaquin
        Primaquine
Quinolones termasuk ciprofloxacin, moxifloxacin, nalidixic acid, norfloxacin, dan ofloxacin
        Sulphonamides, termasuk co-trimoxazole. 
Aspirin
Chloroquine
Menadione, atau yang diformulasi dari menadione seperti menadiol sodium phosphate
Probenecid
Quinidine
        Quinine
        Naphthalene (dalam ubat gegat)

Antara langkah-langkah yang mungkin membantu ialah:

1. Menjauhkan diri daripada faktor penyebab seperti pengambilan ubat-ubatan tertentu.
2 .Pengambilan anti-oksidan, seperti Vitamin E mungkin membantu. Walaubagaimanapun, anti-oksidan seperti Vitamin C tidak boleh diambil dalam dos yang tinggi kerana vitamin C boleh menyebabkan hemolisis.
3. Pengambilan asid folic yang berterusan.


Beritahu doktor anda sekiranya anda menghidap penyakit ini sebelum mula memakan ubat-ubatan yang anda belum pernah ambil sebelum ini.

Perkara-perkara lain

Pesakit mungkin lebih cenderung kepada jangkitan. Ini mungkin kerana fungsi leukocyste (sel darah putih) yang menurun.
Selalunya hemolisi yang terjadi adalah terkawal (self-limiting). Ini kerana sel darah merah yang baru sentiasa sahaja menggantikan sel-sel yang lama.

SUMBER RUJUKAN:
Wikipedia
G6PD.org


24.11.13

Nurhani Adlina.


Pada 1 November 2013 jam 12:22 pagi, wife aku telah selamat melahirkan puteri sulung kami di Hospital Serdang. Lepas 2 - 3 hari berbincang, akhirnya kami sepakat menamakan anak kami, Nurhani Adlina. Semoga puteri kami ni akan menjadi anak yg baik dan solehah.

Aku takkan lupakan pengalaman temankan wife aku bersalin dlm labor room tu. Aku boleh nampak baby aku kuar skit2 sambil menenangkan wife aku. Wife aku senyum bila baby diletakkan kat dada dia. Selamat di azankan, ciuman yg pertama - semua macam mimpi.

Alhamdulillah.



There was an error in this gadget